Pokok bendi di rumah saya, sudah tua pokoknya. Ada terfikir untuk cabut, tapi kadang keluar hasil juga, walau sebiji demi sebiji yang keluar. Jadi, saya biar sajalah pokok bendi itu.
![]() |
| Bendi di pokok |
Bendi turut dikenali dengan nama okra atau lady's finger dalam Bahasa Inggeris.
Saya ada buat carian macamana nak jaga pokok bendi tua, dan saya sertakan di sini, untuk rujukan saya.
Tips menjaga pokok bendi tua:
1. Buat pemangkasan (Pruning). Kena buang daun-daun bawah yang sudah kuning, kering atau terkena penyakit. Ini menolong pokok supaya salurkan tenaga untuk hasilkan buah baru.
2. Pembajaan berkala: Letak baja organik atau baja buah (NPK tinggi kalium) dua minggu sekali untuk merangsang pengeluaran bunga dan buah bendi baru.
3. Kekerapan menuai: Sentiasa petik buah bendi yang sudah matang (saiz sekitar 4-5 inci) menggunakan gunting tajam supaya pokok terus dirangsang untuk keluarkan bunga baru.
Ha ah. Kadang kalau mood rajin, memang saya ada letak baja buah. Kadang-kadang ada juga tanam sisa buangan dapur, itu yang pokok bendi di rumah sentiasa berbunga dan berbuah. Tinggi batang bendi dan kurus, walaupun ditanam dalam pasu. Jadi bila ada buah bendi, dahan pokok jadi berat dan senget. Jadi kita yang tak perasan akan kewujudan buah pun boleh jadi perasan, okay, ada bendi sudah berat, boleh ambil.
Saya bukanlah penggemar sayur. Tapi saya sejenis makan sayur juga, demi kesihatan, lagi-lagi di usia pertengahan ini. Berikut khasiat bendi yang saya boleh kongsikan. Bendi sebenarnya kaya dengan nutrisi:
🌼 Bagus untuk pencernaan: Kandungan serat yang tinggi menolong melawaskan sistem penghadaman dan boleh elakkan sembelit.
🌼 Mengawal gula dalam darah: Bendi dapat menolong mengurangkan penyerapan gula di saluran pencernaan, dan oleh itu, ia baik untuk pengurusan diabetes.
🌼 Menurunkan kolesterol: Lendir bendi sebenarnya berfungsi mengikat kolesterol semasa proses pencernaan supaya ia disingkirkan daripada badan, sekaligus menjaga kesihatan jantung.
🌼 Kaya antioksidan dan vitamin: Bendi mengandungi vitamin C dan A yang menolong meningkatkan imuniti badan dan menjaga kesihatan mata dan kulit.
🌼 Sesuai untuk ibu hamil: Bendi kaya dengan asid folik (folate) yang penting untuk perkembangan janin.
Ada orang kurang suka makan bendi sebab masa potong, ia ada lendir. Berikut saya kongsikan juga nak kurangkan lendir bendi masa memasak.
🌿 Pastikan bendi betul-betul kering: Basuh bendi dulu, lepas itu, lap hingga kering menggunakan tisu dapur. Memotong bendi yang basah akan keluarkan lebih banyak lendir.
🌿 Potong saiz besar: Jangan hiris terlalu nipis. Potong secara serong dalam saiz besar, atau masak secara sebiji-sebiji (cuma potong sedikit bahagian pangkal dan hujung).
🌿 Gunakan bahan asid: Masukkan sikit bahan berasid contohnya air asam jawa, jus limau kasturi, atau potongan tomato semasa memasak. Asid ini menolong memecahkan dan mengurangkan kepekatan lendir bendi.
🌿 Goreng kilas (goreng tanpa minyak/saute): Goreng bendi secara berasingan dengan api yang tinggi sebentar tanpa minyak atau sedikit minyak sebelum dicampur ke dalam kuah (seperti asam pedas atau kari)
Bagi saya sendiri, saya suka masukkan sayur bendi ini dulu semasa menumis bersama bawang merah, putih dan cili padi. Biar bendi mesra bersama bahan-bahan lain, kacau sehingga bendi hilang lendirnya, barulah saya akan masukkan sayuran lain jika saya masak sayur campur.
Kalau malas, saya celur saja bendi dalam air panas. Macam di kedai nasi kandar selalu buat.

3 Ulasan
Banyak khasiat bendi ni. Ada petua minum air hiris an bendi untuk pelincir sakit lutut tapi tak Di amalkan. Kalau celur lepas tu cecah sambal kicap pun sedap buat ulaman. Selalu masuk dalam asam pedas.
BalasPadamBetul, betul! Baik untuk lutut juga. Memang sedap buat ulam atau masuk dalam asam pedas.
PadamBendi dicelur pun kadang-kadang buat menambah nasi makan ke KSarie ni. Asal makanan semuanya molek jadinya
BalasPadamTolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.