Banyak hari juga saya tidak berkesempatan untuk berkebun. Hujan di pagi hari. Jadi, saya berkebun dalam rumah saja, main Farmville. Tapi main game ini hanya keseronokan sementara. Ada saja cara game itu tidak beri apa yang kita mahu, jadi kita akan end-up main game berjam-jam lamanya, supaya kita dapat barang apa yang kita hendak itu. Selagi belum dapat, selagi itulah akan terus bermain. Benda sia-sia, hati saya berbisik. Itulah, kita memang suka buat sesuatu yang lagha. Allahuakbar... teruk betul aku ini.
Ada satu hari, saya tidak berkebun, tetapi saya keluar sekejap melihat pokok, apabila hujan sudah berhenti. Saya sempat letak batang buluh untuk menyokong pokok timun mini yang sudah keluarkan salur paut pendek. Saya panggil salur paut. Tapi bila saya buat carian, perkataan yang betul adalah sulur paut rupanya. Ye ke? Laaa.. saya baru tahu, rupanya perkataan "salur paut" tidak wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Huhuhu... baiklah, sulur paut.
Sulur paut (dalam bahasa Inggeris, tendril) ialah struktur khusus berbentuk halus, seakan-akan benang atau berlingkar pada tumbuhan menjalar yang berfungsi untuk melilit objek atau tumbuhan lain bagi mendapatkan sokongan.
Pandai tau, sulur paut ini. Sulur paut bergerak balas melalui fenomena yang dipanggil tigmotropisme positif. Apabila struktur halus ini menyentuh objek (seperti kayu para, ranting, pagar, dan dalam kes saya, batang buluh), ia akan mula melilit dan mencengkam objek tersebut. Hebat kejadian Allah.
Keesokan harinya, saya lihat, pokok timun mini punya sulur paut mula melilit batang buluh yang saya cucuk berdekatan pokok. Jom tengok.
![]() |
| Pokok timun mini sudah keluarkan sulur paut pendek dan lurus |
Pokok timun mini di atas, saya letak berdekatan dengan tempat saya sidai pakaian. Perancangan saya, supaya pokok menjalar yang tumbuh menegak dapat menyembunyikan pandangan tempat sidai pakaian.
![]() |
| Sulur paut mula berpaut pada buluh |
Pokok timun mini di atas masih di depan kawasan sidai pakaian, tapi ke arah kanan, lebih dekat pada tembok rumah.
Saya ambil gambar lebih dekat untuk lihat rupa sulur paut lebih dekat.
![]() |
| Seakan tali halus berbentuk spring |
Suka tengok perkembangan pokok ini. 😍
Hari ini, saya langsung belum lihat pokok-pokok di luar lagi. Hujan lebat sejak subuh. Mungkin nanti bila hujan sudah reda, boleh keluar sekejap, tengok pokok.
Waktu keluar rumah beli sarapan, saya perasan pokok kacang panjang seakan melentuk ke arah longkang di hadapan rumah. Alamak. Seperti semakin berat pokoknya. Nantilah akan tengok macamana.
Harap pokok-pokok semua dalam keadaan baik. Hujan lebat menyebabkan sedikit tapak semaian saya, di mana tempat saya semai biji benih, dipenuhi air. Allahuakbar. Harap semuanya baik-baik saja.



2 Ulasan
Malam pokok ni semuanya hidup. Air Dan matahari memberi tenaga kepada pokok untuk hidup subur.
BalasPadamBetul, kak. Kadang tu, rasa cepat tumbesaran pokok-pokok sayur ni.
PadamTolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.