Terjumpa anak pokok cili merah

 Hari ini saya mencabut rumput dalam pasu-pasu bunga. Semasa sedang cabut rumput satu persatu, terjumpa beberapa anak pokok cili terselit di celah rumput liar. Sebelum ini, beberapa minggu lepas, saya ada tanam sisa buangan dapur dalam pasu bunga, sebagai baja. Memang ada terselit juga biji biji cili merah, selain dari kulit bawang dan kulit telur. Bila saya masak dan gunakan cili merah, saya selalu keluarkan biji cili sebelum dikisar. 

Itu yang ia tumbuh kot. Walaupun tanah sempit dan penuh dengan pelbagai rumput liar. Hendak dibuang, sayang pula. Sekali saya cabut sekumpulan rumput liar, terus tercabut sekumpulan anak-anak pokok cili. Itu yang saya cari beberapa tempat baru untuk tanam semula.

Tanam anak pokok cili merah dalam pasu
Tanam anak pokok cili merah dalam pasu

Saya tidak pasti sama ada terlalu awal pindahkan anak-anak pokok cili ini. Kalau dibiarkan, menyempit pula beramai-ramai di tempat yang sama, anak-anak pokok ini. Itu pun, ambil masa untuk leraikan dan asingkan sebab akarnya sudah saling berselirat.

Tanam anak pokok cili merah dalam pasu lebih besar
Lagi anak pokok cili yang diasingkan dan ditanam dalam pasu lebih besar.

Tawakal sajalah. Kalau ada rezeki ia membesar, Alhamdulillah. 

Tips lain kali sekiranya terjumpa lagi anak-anak pokok yang tumbuh rapat-rapat, hasil carian saya, rendamkan sedikit pangkal atau tanah dalam air perlahan-lahan supaya tanah longgar dan akar mudah terlerai tanpa putus, atau gunakan sudu kecil untuk mengorek dan mengangkat ketulan tanah bersama akarnya.

Waktu saya jumpa, sudah memang tercabut sekumpulan anak-anak pokok cili itu. 

Penjagaan selepas pindah anak pokok. 

Saya tulis di sini, sebagai rujukan. Anak-anak pokok masih terlalu halus.

🌸 Elakkan baja kimia segera: Akar yang baru dipindah belum berfungsi sepenuhnya untuk menyerap baja kuat. Biarkan pokok stabil dulu selama 1 hingga 2 minggu.

🌸 Teduhkan sedikit: Letakkan pasu baharu di tempat yang mendapat cahaya matahari pagi tetapi tidak terlalu terik sepanjang hari untuk mengelakkan pokok layu teruk.

🌸 Siram secukupnya: Pastikan tanah lembap tetapi tidak bertakung air bagi mengelakkan masalah reput pangkal.

Macamana entah saya boleh perasan mula-mula itu. Sebab rupa anak-anak pokok cili ini lain sikit berbanding rumput liar yang lain. Nasib baik juga saya boleh kenal pasti yang ianya bukan rumput.

Sekarang, boleh dikatakan fasa pemulihanlah anak-anak pokok cili ini. Memandangkan akarnya agak berselirat semasa diasingkan, pokok mungkin akan nampak sedikit layu pada 1-2 hari pertama. Ini adalah perkara biasa, mengikut kata Gemini, kejutan pemindahan.

Jarak ideal antara setiap pokok cili di dalam satu pasu besar adalah sekurang-kurangnya 30 cm hingga 45 cm.

Cabaran berkongsi pasu dan cara mengatasi

🌱 Persaingan nutrien: Pokok cili memerlukan banyak nutrien (terutamanya nitrogen semasa membesar dan kalium semasa berbuah). Oleh kerana berkongsi pasu, saya perlu lebih kerap membaja (contohnya, seminggu sekali dengan dos nipis) apabila pokok sudah stabil nanti.

🌱 Pengudaraan dan cahaya: Apabila pokok semakin besar dan rimbun, daun-daunnya akan bertindih. Ini boleh mengurangkan aliran udara dan meningkatkan risiko serangan serangga atau kulat. Saya perlu rajin melakukan pruning (membuang daun bawah yang tua atau tidak produktif) untuk memastikan udara dan cahaya matahari sampai ke seluruh bahagian pokok.

Dulu-dulu saya pernah tanam pokok cili. Cili merah dan cili padi. Pernah banyak kali kutip cili. Bawah daun, serangga perosak seperti bena putih itu suka duduk, jadi kena selalu periksa.

Okaylah tu. Semoga anak-anak pokok cili 🌶 ini boleh tumbuh dengan sihat. Insya-Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan