Cuba semai tomato dan lada benggala

 Semalam punya aktiviti berkebun, saya sambung kerja memindahkan anak pokok timun mini ke pasu yang lebih besar. Cerita mengenai pokok timun mini, saya ada tulis di entri ini 👉 Timun mini.

Pindahkan anak pokok timun mini ke pasu lebih besar
Tambah lagi tiga pasu pokok timun mini.

Menjadikan kesemuanya ada berapa pokok ye... alamak, lupa nak kira. Tapi malas pula nak keluar rumah untuk mengira. Macam itulah bila cuaca jerebu sekarang ini. Hendak keluar rumah pun, kena fikir banyak kali. 

Okay, ada 12 pokok timun mini semuanya, merujuk kepada entri Timun Mini. 

Seterusnya, saya ada simpan beberapa benih sayur dalam peti ais. Jadi, saya pun tanamlah ke tapak semaian yang ada.

Semai biji benih tomato
Semai biji benih tomato

Ada satu anak pokok timun mini kelihatan dalam gambar di atas. Belum cukup besar untuk pindahkan ke pasu lebih besar. Kena at least keluar 3-4 helai daun, baru boleh pindahkan, mengikut apa yang saya baca.

Tomato

Benih tomato, dapat dari buah tomato. Tak tahu sama ada boleh jadi pokok atau tidak. Cuba sajalah. Insya-Allah.

Dulu-dulu saya pernah buat begini. Cara sama. Bila masak sayur, simpan biji tomato dalam peti ais. Esoknya, saya tanam. Jadi pokok, tetapi pokok kurang sihat. Banyak kali cuba tanam pokok tomato ini. Pernah juga keluar buah, tetapi setakat warna hijau. Tak pasti kenapa buah tidak bertukar jadi tomato merah. Ia kekal warna hijau dan keras hingga ke sudah. Lepas tu, bawah daun pokok, ada bena putih. Itu yang saya cabut pokok supaya bena putih tidak berjangkit ke pokok yang lain. 

Ada lagi benih yang saya cuba semai.

Semai biji lada benggala
Semai biji lada benggala

Lada benggala

Ini, pertama kali saya buat. Lada benggala punya biji. Pernah tengok orang tanam cili kering punya biji juga. Kita tengoklah, boleh ke tidak jadi pokok. 

Saya bertanya pada Gemini, kalau kita asingkan biji lada benggala dan semai atas tanah, boleh jadi pokok tak? Berikut jawapan Gemini.

Boleh. Biji lada benggala (capsicum) yang diambil terus dari buahnya boleh disemai dan tumbuh menjadi pokok baharu jika ia matang.

Gemini suruh keringkan seketika. Cuci bersih biji dan jemur selama 2 hingga 3 hari. Tetapi saya tidak buat ini. Kurang rajin.

Lagi satu, Gemini suruh tabur atau tanam biji secara cetek (sedikit kambus dengan tanah), kemudian sembur dengan air supaya tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung. Saya pula hanya campak atas tanah. Ada siram selepas itu.

Gemini juga cakap, apabila anak pokok berumur 3 hingga 4 minggu dan mempunyai 4 hingga 5 helai daun, bolehlah dipindahkan ke pasu besar, polibeg atau batas tanah.

Rupa pokok lada benggala sebenarnya sangat mirip dengan pokok cili biasa yang selalu kita tengok, cuma ia mempunyai beberapa perbezaan fizikal yang ketara terutamanya pada saiz daun, batang, dan saiz buah yang lebih besar.

Contoh pokok lada benggala
Contoh pokok lada benggala yang Gemini bagi. Gambar bukan hak milik saya. 

Batang pokok lada benggala berkayu lembut dan tumbuh menegak seperti pokok renek. Disebabkan buah lada benggala ini besar dan berat, dahannya cenderung melentur ke bawah, jadi ramai pekebun rumah akan meletakkan kayu sokongan (tiang pancang) supaya dahan pokok tidak patah. Baiklah. Nanti saya akan buat bila perlu.

Buahnya berbentuk bulat bersegi atau seakan-akan loceng. Semasa muda, buahnya berwarna hijau pekat dan jika dibiarkan matang di pokok, ia akan bertukar warna menjadi merah, kuning, oren atau ungu mengikut jenis variasi yang ditanam.

Alhamdulillah, aktiviti berkebun yang produktif semalam. Semoga biji-biji benih yang disemai semua tumbuh menjadi pokok yang subur. Aminn.... 🤲

Catat Ulasan

0 Ulasan