Tarikh: 24 Oktober 2026
Saya di Kebun Miniku menitikberat privasi pembaca blog. Page Privacy Policy ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang saya terima dan kumpul melalui blog ini, serta bagaimana maklumat tersebut digunakan.
Dengan menggunakan blog ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengikut dasar ini.
1. Maklumat yang dikumpul
Oleh kerana blog ini tiada borang pendaftaran, borang hubungan atau Contact Form, atau fungsi langganan surat berita atau Newsletter, saya tidak mengumpul maklumat peribadi sensitif seperti nama atau alamat email anda secara langsung, melainkan jika anda secara sukarela memberikannya melalui ruangan komen. Itu pun, melalui komen yang perlu diluluskan terlebih dahulu, jika saya rasakan anda berkongsi maklumat peribadi, saya tidak akan siarkan.
Walau bagaimanapun, saya mengumpul data teknikal secara automatik melalui perkhidmatan pihak ketiga:
🌼 Data Log Automatik: Saya mengumpul maklumat yang dihantar oleh pelayar (browser) anda setiap kali anda melawat blog ini. Ini termasuk jenis pelayar, halaman blog yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan, serta tempoh masa di halaman tersebut.
2. Perkhidmatan Pihak Ketiga dan Rangkaian Iklan
Blog ini menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang turut menggunakan cookies dan teknologi penjejakan untuk menganalisis dan memaparkan kandungan yang bersesuaian:
🌼 Google Analytics: Saya menggunakan Google Analytics untuk menjejaki dan menganalisis trafik serta prestasi blog. Maklumat yang dikumpul digunakan untuk memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan blog ini.
🌼 Google Adsense: Blog ini sedang dalam proses permohonan/penggunaan Google Adsense untuk memaparkan iklan. Google menggunakan cookies DART untuk membolehkannya memaparkan iklan kepada pengguna berdasarkan lawatan pengguna ke blog ini dan laman web lain di internet. Pengguna boleh menarik diri daripada penggunaan cookies DART dengan melawat Dasar Privasi Rangkaian Iklan dan Kandungan Google.
3. Bagaimana Maklumat Anda digunakan
Maklumat teknikal yang dikumpul digunakan secara eksklusif untuk:
🌼 Mengurus, mengendalikan dan menyelenggara blog ini.
🌼 Memantau, menganalisis trend, dan meningkatkan pengalaman pengguna di blog ini.
4. Keselamatan dan Hak Anda
Saya komited untuk memastikan maklumat teknikal anda selamat. Saya tidak akan menjual, mengedar, atau menyewakan sebarang maklumat penjejakan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran luaran.
5. Pindaan Dasar Privasi
Saya berhak untuk mengemas kini Dasar Privacy ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dikemas kini di page ini dengan tarikh kuat kuasa yang baharu.
