Saya suka pokok besar. Suka sebab kawasan ada banyak pokok besar biasanya redup. Rasa tenang saja duduk bawah pokok besar. Mesti sudah hidup berpuluh tahun berdasarkan ketinggian pokok.
![]() |
| Pokok ara |
Ada satu hari itu, saya dan my abang gebu pergi ke Kuala Kangsar, dan kami sempat singgah di satu taman rekreasi di sana. Bila jumpa pokok besar, memang saya tidak lepaskan peluang ambil gambar pokok besar yang ada.
Pokok ara di atas mempunyai akar panjang yang berjuntai dari dahan atasnya. Dari hasil carian, pokok ara menghasilkan buah ara sepanjang tahun, menjadikannya sumber makanan yang penting untuk burung, kelawar, dan pelbagai jenis serangga di kawasan sekitarnya.
![]() |
| Pokok hujan-hujan atau Rain Tree |
Ini satu lagi pokok besar yang ada di taman rekreasi tersebut. Biasa lihat pokok rain tree ini di Taman Tasik Taiping. Tetapi di taman rekreasi di Kuala Kangsar ini juga ada pokok rain tree.
Sebab ada banyak pokok besar, kawasan rekreasi tersebut agak redup, walaupun jam sudah menunjukkan sudah lewat pagi. Memang mendamaikan bagi saya, dapat ambil masa sejenak, berehat di taman rekreasi begini.
Selain dapat lihat gelagat orang ramai yang beriadah juga.
Tapi, saya pernah ada pengalaman buruk dengan pokok besar. Pengalaman yang hampir meragut nyawa saya.
Pada zaman dulu, hehe.. waktu itu, saya berada di kampung my abang gebu. Saya sedang duduk di hadapan sebuah pokok manggis yang besar dan tua, sambil melihat telefon bimbit. Waktu petang pada ketika itu, dan cuaca redup berangin.
Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang sangat kuat, seperti hentakan kaki sekumpulan gajah di belakang saya. Prak prak prak prak, bunyi kuat sangat!
Saya terkejut, tapi saya terus bangun dan masuk ke rumah, tanpa memandang ke belakang. Sebaik saja saya masuk ke rumah arwah ibu mentua saya, bushhh.... bunyi kuat terdengar dari luar. My abang gebu dan ibu mentua saya yang ketika itu masih ada, terus melihat ke luar, dan didapati, pokok manggis besar telah tumbang.
Nasib baik juga pokok itu tumbang merentasi halaman rumah. Bukan tumbang ke atas rumah. Allahuakbar. Mengucap panjang saya. Kalau tidak, saya rasa saya ini sudah arwah, kena hempap dek pokok besar. Allah masih beri rezeki untuk saya bersama keluarga saya.
Rupa-rupanya pokok manggis tua yang besar itu sudah reput bahagian dalamnya, dimakan anai-anai, menyebabkan ia terus tumbang waktu angin bertiup kuat.
Itulah pengalaman saya, kisah dengan pokok besar. Saya tetap suka melihat pokok-pokok besar, walaupun saya pernah ada pengalaman nyaris kena hempap pokok besar.
Satu lagi perkara yang saya suka buat, adalah memanjat bukit dan hutan, sebab rasa aman damai saja di hati bila berada di dalam hutan. Malangnya, sudah lama saya tidak masuk hutan kerana tidak ada kawan menemani. Hendak pergi seorang, memang tidak bolehlah. My abang gebu memang tidak boleh teman, sebab keadaan kaki dan lututnya. Mungkin suatu hari nanti, ada rezeki, Insya-Allah, mana tahu, boleh masuk hutan semula.
Sekian cerita berkenaan pokok besar. 😁


4 Ulasan
Pokok besar ni kadang bahaya juga kalau dahan dia patah. Tapi Taman sekitar teduh Di buatnya.
BalasPadamBetul, kak. Itu kadang risau juga parking kereta dekat kawasan pokok besar waktu musim hujan-hujan ni.
PadamSemoga ada rezeki untuk masuk hutan dan menghayati keindahan alam semula satu hari nanti
BalasPadamAmin, mudah-mudahan. 🤲 Terima kasih, KSarie.
PadamTolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.