Pindah anak pokok tomato

 Banyak anak pokok yang perlu dipindahkan sebenarnya. Buat slow-slow. Ambil masa untuk siapkan sebab faktor cuaca, iaitu hujan di pagi hari, juga kesihatan tidak mengizinkan. Gambar-gambar di bawah saya sudah ambil lama, sebelum saya jumpa doktor sebab tidak berapa sihat. 

Anak pokok tomato baru dipindahkan ke pasu lebih besar dari tapak semaian
Tiga pasu anak pokok tomato yang baru dipindahkan

Saya gunakan pasu yang ada. Saya korbankan pokok lidah buaya yang terlampau banyak di rumah. Tidak perlu kot, sampai sepuluh pasu pokok lidah buaya. Saya pun sudah jarang letak gel dari pokok lidah buaya di muka. Saya pakai yang beli di farmasi saja.

Lepas cabut pokok lidah buaya, tanah dalam pasu digemburkan terlebih dulu. Di bahagian bawah tanah, saya letak sisa dapur seperti kulit telur, kulit bawang dan sebagainya, kemudian saya kambus semula dengan tanah. Di bahagian atas barulah saya cucuk anak pokok tomato. 

Anak pokok tomato
Pasu keempat, pindahkan anak pokok tomato

Saya tidak sempat siap pindahkan semua anak pokok tomato dalam tapak semaian. Sambil buat kerja pemindahan, saya juga menebas rumput di halaman. Juga, saya mencabut rumput liar dalam pasu juga. 

Seorang yang perfectionist, mahu semuanya sempurna dan teratur. Laluan ke pasu terlibat haruslah dibersihkan dahulu. Saya kurang suka jalan di kawasan rumput panjang, sebab nanti benih lalang atau rumput panjang akan melekat pada seluar. Hasil pembawakan kerja terakhir saya dulu, sebab Quality Engineer, membuatkan saya jadi seorang yang teliti, sistematik dan pentingkan kekemasan. Tapi tidaklah melampau sangat. Sekarang bila sudah tua, kena belajar untuk berlapang dada dan buat setakat mana kita mampu. 

Tapi itulah, tidak siap-siap lagi, kerja. Huhu...

Beberapa anak pokok tomato dalam cawan
Beberapa anak pokok tomato dalam cawan

Untuk pindahkan anak pokok dari tapak semaian, saya menceduk sekumpulan anak pokok dalam tapak semaian. Saya masukkan dalam bekas kosong. Dalam gambar di atas, saya guna cawan minuman kopi Zus yang dibuang dalam tong sampah. Selepas itu, tambah air dalam cawan. 

Dengan cara ini, mudah untuk kita asingkan anak pokok yang tumbuh rapat-rapat. Tarik satu anak pokok secara berhati-hati, akar tidak putus dan mudah diasingkan. Senang kerja pemindahan anak pokok ke pasu lebih besar.

Saya sedang menebas menggunakan sabit, dan duduk atas stool kecil
Menebas dulu, lepas tu tidak siap buat kerja pemindahan.

Gambar di atas diambil oleh my abang gebu, saya tidak sedar dia datang slow-slow tengok saya bekerja, dan dia duduk di buaian. Lepas itu, dia kongsikan di whatsapp. Bila saya tengok, barulah saya tahu punca kenapa...

Inilah posisi menebas yang buat saya ada masalah sampai kena jumpa doktor itu. Bila sudah tua, tidak boleh duduk mencangkung lama-lama. Saya kena ubah cara potong rumput. Tidak boleh lagi menebas guna sabit sambil duduk atas stool pendek dan kecil. Patut guna mesin rumput jenis tolak, yang manual. Mesin rumput guna minyak sudah jahanam, belum dibaiki.  

Sekarang masih cuti dari berkebun, sampai sihat. Itu yang saya berjalan waktu pagi. Kena buat tak tahu, kata my abang gebu. Macam sakit kepala la, kalau kita tak melayan, okay je. Itu lah, sedang cuba buat bodoh juga ni. Tapi tak selesa, kadang okay, kadang tak. Entah ler... clueless saya dibuatnya. 

Hasbunallah, Allah Perancang Terbaik

Catat Ulasan

0 Ulasan