Kumbang pada pokok timun mini

 Pokok timun mini sudah keluar bunga warna kuning. Kumbang kecil warna oren pun datang.

Kumbang labu merah atau red pumpkin beetle
Kumbang labu merah atau red pumpkin beetle

Kumbang daun ini suka menyerang tanaman seperti timun, labu dan tembikai, terutamanya apabila pokok mula mengeluarkan bunga kuning.

Jika kumbang ini mula merosakkan atau menebuk daun timun mini, berikut adalah langkah mesra alam yang boleh kita buat:

Kutip secara manual: Sebab kebun kecil, boleh kutip kumbang ini pada waktu awal pagi (ketika kumbang kurang aktif) dan memusnahkannya. Saya sibuk ambil gambar kumbang, saya lupa nak menepuk kumbang sampai mati. Boleh tepuk kumbang ini macam tepuk nyamuk. Tapi boleh tahan cepat juga kumbang ini terbang lari. 

Semburan organik: Gunakan semburan air rebusan cili padi yang dicampur sedikit sabun cuci pinggan organik, atau gunakan minyak semambu (neem oil) untuk menghalau kumbang daripada memakan daun.

Kumbang labu merah atau red pumpkin beetle
Sibuk ambil gambar kumbang sampai lupa nak hapuskan kumbang


Kumbang labu merah atau red pumpkin beetle
Macam comel je kumbang ini

Saya ada nampak kumbang ini pada hari saya ambil gambar di atas saja. Selepas itu, saya sudah tidak nampak. Rupa-rupanya sebab ada sarang labah-labah berdekatan dengan pokok timun mini ini. 

Labah-labah memang rupa dia menakutkan, bagi saya. Tapi rupa-rupanya, labah-labah itu makan serangga perosak pada tumbuhan berdekatan, contohnya dalam kes ini, kumbang di atas. Wow, saya baru tahu ini, setelah buat carian. 

Cantiknya kejadian Allah. Setiap benda atau makhluk yang Allah jadikan, ada fungsi tersendiri. Semuanya saling berkait dalam satu ekosistem. Boleh jadi kita tidak suka sesuatu, tapi benda itulah yang baik untuk kita. Saya agak geli dengan labah-labah, tapi rupa-rupanya, labah-labah itulah yang menolong saya dengan cara memakan serangga perosak pada tanaman saya. Masya-Allah... 

Berbalik semula kepada tajuk entri, iaitu kumbang labu merah atau red pumpkin beetle ini, kumbang dewasa biasanya akan makan dan menebuk daun pokok sehingga berlubang-lubang bulat atau rosak teruk, manakala larvanya pula boleh menyerang bahagian akar di dalam tanah. 

Baik, jadi kalau tengok pokok kita daunnya berlubang-lubang, kalau tak angkara belalang, angkara kumbang inilah, ya. Tak padan dengan comel kumbang ini, nakal juga dia. Biasa diaa..... nanti lain kali kalau nampak lagi, haruslah kita hapuskan!

Lain kali saya akan cerita tentang labah-labah yang rumah ia berdekatan dengan pokok timun mini ini juga. Saya pernah tersentuh sarang labah-labah itu, sebab saya tidak perasan, eeeww... geli. Sudahlah kaki kurus dan panjang-panjang. Pengaruh banyak tengok filem labah-labah besar yang makan manusia. Padahal dalam kehidupan kita, labah-labah adalah makhluk yang baik. 

Catat Ulasan

0 Ulasan