Perkembangan timun mini dan badan sudah tua

 Sambung cerita timun mini, kali terakhir saya ada kongsikan, pokok timun mini sudah keluar sulur paut. Boleh klik sini untuk baca 👉 Perkembangan timun mini.

Saya tidak sempat berkebun. Hari Sabtu, 31 Oktober, saya pergi ke KL, ziarah bapa saya di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM (dahulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM). Bapa saya kena influenza. Tidak tidur pun, pergi pagi, balik petang. Sampai rumah sudah malam. 

Alhamdulillah, waktu saya edit entri ini, bapa saya sudah beberapa hari keluar hospital. Waktu saya pergi anak beranak melawat papa pun, papa nampak ceria. Hari sebelumnya, kakak sulung cerita, papa agak lemah. Syukur Alhamdulillah, papa sudah sihat, dan makcik pun. 

Pagi tadi, sempat siram pokok dan jenguk pokok-pokok di kebun miniku. 

Saya tambah buluh penyokong dan jaring untuk sulur paut pokok berpaut.

Pasang jaring penyokong yang dibeli di Daiso
Tambah jaring yang dibeli di Daiso

Pokok-pokok timun mini dalam gambar di atas, adalah di bahagian hadapan, dekat pokok betik.

Sementara itu, pokok-pokok timun mini yang berdekatan ampaian baju pula sudah keluar bunga.

Bunga kecil warna kuning pada pokok timun mini
Bunga kecil warna kuning pada pokok timun mini

Teruja punya pasal, haruslah ambil gambar bunga dari pelbagai sudut.

Bunga kuning pada pokok timun mini
Gambar lebih dekat bunga pokok timun mini

Pokok timun mini yang berdekatan tembok juga keluarkan bunga juga. 😍

Bunga kuning pada pokok timun mini
Alhamdulillah..

Dua tiga hari ini juga hujan. Saya pula mood berkebun macam kurang sikit. Lagi pun saya sendiri kurang sihat untuk berkebun. Saya keluar berjalan waktu pagi, sebab sudah lama tidak keluar rumah, bagi kaki bersenam. 

Saya tidak bermaksud yang kaki tidak bersenam waktu berkebun. Ada berjalan juga, cuma kurang. Contohnya kalau menebas, saya duduk pada stool kecil, di mana kaki rapat pada dada, dan posisi lebih kurang macam mencangkung. Ini tidak elok sebenarnya, menurut cakap doktor. Boleh buat sakit bontot atau buasir. 🙈 Saya berfikir untuk beli pemotong rumput yang boleh potong rumput sambil saya berdiri. Ada beli sebelum ini, tapi umur mesin rumput tidak panjang. My abang gebu kata nak baiki mesin rumput, tapi rezeki belum ada lagi. Jadi, itulah ujian sekarang ini. 

Semasa saya masih aktif berlari, saya perlu berhenti kerana diuji masalah lutut. Sekarang bila suka berkebun, kena kurang berkebun pula sebab sakit bontot. Saya okay saja, sudah jumpa doktor pun, itu yang saya sudah berhenti menebas. Kena beli alat berkebun lain mungkin, untuk bantu saya buat kerja berkebun. 

Alat berkebun sambil melutut yang direkomen oleh Gemini
Alat berkebun sambil melutut yang direkomen oleh Gemini

Kerusi di atas boleh digunakan sambil kita duduk, seperti kerusi biasa. Juga boleh diterbalikkan, dan sebagai kusyen pada lutut, sambil bercucuk-tanam. Kedua pemegang di kiri kanan boleh digunakan untuk bantu semasa berdiri selepas melutut lama. Saya sendiri tidak pasti. Perlu berhenti minum kopi kah, supaya badan lebih banyak air, masih cuba figuring out own body, take it slow. Insya-Allah, saya akan okay.  

Setakat ini, saya masih berfikir-fikir. Tadi pagi pun, saya guna alas meja lama semasa memindahkan anak pokok tomato ke pasu lebih besar. Ala-ala berpiknik, tapi di halaman rumah. 😁 Hendak grounding atas tanah, rumput pun basah sebab malam semalam hujan. 

Okaylah. Harap timun mini akan keluar nanti, mudah-mudahan. 🤲

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Adakah ini Tot atau KSarie salah orang ye? Semoga tanaman kebunnya membuahkan hasil yang awesome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeh, 10 markah untuk KSarie! Saya, Tot. 🤗
      Amin, YRA... terima kasih, KSarie, atas doanya.

      Padam

Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.