Hari ini saya tidak berkebun. Sudah dua hari berturut-turut saya menebas rumput di kebun miniku. Semalam baju saya sampai basah lenjun bila saya masuk rumah pukul 10 pagi. Memang cuaca agak mendung, tapi suhu di luar macam agak panas jugalah.
Hari ini waktu bangun pagi, badan saya rasa lemah. Saya akui, kerja menebas bukan satu kerja yang ringan. Badan banyak hilang air. Kerja menebas itu sendiri adalah seperti total body workout, lengan rasa sakit, kaki lenguh, satu badanlah rasa lemah.
Berikut gambar yang saya ambil waktu saya sedang menebas semalam, Jumaat, 13 November 2026.
![]() |
| Separuh rumput di halaman sudah siap dipotong, separuh lagi masih semak |
Saya guna sabit. Rumput memang tebal. Nampak sikit, tapi perlu effort lebih masa menebas itu. Rumput yang jenis degil dan akar kuat.
Semasa saya ambil gambar di atas, saya termenung sekejap. Berehat. Letih, tau. Benda yang keep me going adalah secawan kopi americano Zus yang saya beli lebih awal. Zus buka pukul 7 pagi, pukul 7.01 pagi, saya submit order di app Zus. Booster dapat kopi ini. Tenaga segera. Juga saya boleh menebas kerana Allah izinkan. Alhamdulillah.
![]() |
| Timbunan rumput yang ditebas, sudah membukit. |
Saya belum masukkan dalam plastik hitam lagi untuk diletak di luar rumah supaya lori majlis boleh ambil, sampah hasil kebun. Bila rumput agak basah, bila kita masukkan dalam plastik sampah heavy duty, memang boleh menampung, tapi nanti plastik rumput jadi agak berat. Lebih baik tunggu dua hingga tiga hari dulu, supaya rumput jadi kering. Itu pun jika cuaca tidak hujan.
![]() |
| Hujan mahu turun |
Tidak lama selepas saya termenung dan ambil gambar, rintik hujan mulai turun. Betul-betul dalam pukul 10 pagi juga, barulah saya masuk ke rumah.
Berbalik kepada tajuk entri di atas, yang membawa saya rasa untuk membuka buku baru ialah, saya tidak suka rasa lemah-lemah badan ini. Saya ingin sihat dan kuat, macam yang saya rasai waktu saya pergi umrah masa awal tahun 2025. Waktu itu, saya boleh hidup tanpa kopi. Saya kekal bertenaga tanpa kopi. Atau boleh jadi juga sebab banyak minum air zam-zam, juga sudah tentu sebab Allah jadikan kita sihat, sebab kita berada di rumah Dia. Allahuakbar. 🥰
Tapi, saya tetap mahu berusaha jadi seperti waktu itu. Saya ingin hidup dengan lebih sihat, lebih tenang dan lebih menghargai setiap nikmat yang Allah pinjamkan.
💜 Saya nak jadi versi diri saya paling baik. Lebih sayang diri sendiri. Tidak mahu lagi mensabotaj diri sendiri. Saya nak berhenti kopi!!!!! Saya nak lebih kuat dan berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan nafsu makan. Sebab apa? Kerana badan yang sihat dan ringan bukan saja memudahkan urusan harian di kebun, malah boleh bantu kita beribadat dengan selesa.
![]() |
| Gambar masa dalam Masjid Nabawi |
💜 Saya nak jaga solat, jaga aurat dan jaga kesihatan. Fokus, okay. Jaga solat di awal waktu, jaga aurat dengan sebaiknya, dan jauhkan diri daripada hiruk-pikuk yang tidak perlu. Hati akan tenang bila kita rasa cukup dengan apa yang kita ada, lapang dada dan berdamai dengan kekurangan, kesilapan dan dosa masa lalu, dan fokus untuk perbaiki hubungan dengan Allah. Insya-Allah. Amin... tolong kuatkan aku, ya Allah... 🤲
💜 Ajal dan maut semua ketentuanNya. Boleh jadi perjalanan hidup kita ini masih panjang. Boleh jadi juga esok pun belum tentu kita boleh jumpa. Lumrah hidup, akan ada hari-hari yang menguji semangat kita. Tetapi, selagi kita melangkah dengan niat ikhlas dan hati yang redha, Insya-Allah, setiap hari adalah peluang untuk kita cuba jadi lebih baik daripada semalam.
💜 Mulakan dengan langkah kecil yang konsisten. Lalui hari demi hari. One step at a time. I already done this once. I can do this again! No coffee, gigi jadi lebih putih, complexion muka lebih baik bila air dalam badan cukup. You do not need cafein booster dari kopi. I am strong enough. 💪 Kopi itu hanyalah tenaga pinjaman. Kafein tidak membekalkan tenaga sebenar, sebaliknya hanya menyekat isyarat penat pada otak. Apabila kesannya hilang selepas kerja menebas yang banyak, badan memang akan alami keletihan melampau (crash). Badan perlukan air dan garam mineral (elektrolit). Boleh minum air kelapa tanpa gula, air kosong campur secubit garam bukit dan perahan limau kasturi. Boleh juga minum air suam perahan lemon, dan barli suam.
💜 Bila rasa mood down atau patah semangat, ingat kembali atau visualize kembali perasaan ringan, bertenaga dan tenang yang pernah rasa dulu waktu di Mekah dan Madinah. Masa itu, tidak minum kopi pun. Makan banyak protein seperti ikan, ayam, telur dan daging. Nasi tidak ambil atau ambil kurang. Jangan kecewa dengan diri sendiri. Berhenti dari kebiasaan yang sudah sebati memang perlukan masa dan strategi yang betul, bukan sekadar kekuatan semangat semata-mata. Kafein bersifat diuretik ringan yang boleh mengeringkan kulit dan mengecutkan saliran darah. Kuatkan azam untuk jadi diri terbaik.
💜 Jadikan cermin sebagai motivasi harian. Setiap kali teringin membeli americano, bayangkan semula wajah yang lebih bersih, berseri, dan gigi yang putih bersih seperti yang pernah aku alami dulu. Jika terbeli atau terminum juga, jangan anggap usaha kita gagal. Anggap sahaja ia satu persinggahan kecil, dan sambung semula rutin air suam keesokan paginya. Don't be too hard on yourself. Just keep on walking, dan ingat untuk sentiasa bersyukur. I can do this. Insya-Allah. Doakan saya kuat, ya. 😊




0 Ulasan
Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.