Saya sambung cerita tentang serangga yang boleh dijumpai di kebun miniku ini, ya. Hari itu, saya sudah cerita tentang kumbang oren yang comel tapi suka kokak daun, entrinya di sini 👉 Kumbang pada pokok timun mini.
Pada suatu hari itu, saya sudah tersentuh sarang labah-labah. Tak perasan, sebenarnya. Kita sibuk tengok pokok dan daun. Sekali boleh terkena muka, sarang labah-labah ini. Pada petang harinya, saya pun keluar rumah, ambil gambar sarang labah-labah. Dia boleh buat sarang di pokok buah naga, yang lokasinya di sebelah pokok timun mini.
Bila saya facing depan pokok, labah-labah itu mengadap saya. Bila saya pergi belakang pokok, labah-labah itu berubah arah, facing saya di belakang pula. Hahaha... pandainya makhluk ini. Seram sikit pun ada. Sungguh alert. Tapi nak ambil gambar juga.
![]() |
| Can you see the spider? |
Minta maaflah kerana kualiti gambar kurang memuaskan. Telefon saya telefon lama, zaman tok kadok. Selagi boleh dipakai, selagi itu kita pakai.
Gambar di atas, labah-labah itu punya kaki berkumpul sepasang-sepasang membentuk huruf "X". Belakang labah-labah itu, salah satu pokok serai saya.
![]() |
| Saya bulatkan labah-labah dalam gambar. |
Hasil aktiviti sembang saya dengan Gemini, saya cerita di sinilah, untuk info kita bersama.
Nama labah-labah: St. Andrew's Cross Spider (Argiope).
Ciri-ciri labah-labah:
🕸 Kedudukan kaki berpasangan (Bentuk X), iaitu ciri paling unik bagi spesies Argiope (contohnya Argiope versicolor atau Argiope aemula yang sangat biasa dijumpai di kebun Malaysia) ialah tabiatnya merapatkan lapan kakinya menjadi empat pasang sehingga membentuk huruf "X".
🕸 Sarang jarang dan peka pergerakan: Labah-labah ini membina sarang bulat (orb web) di celah pokok rendah. Apabila sarangnya dilanggar, ia hanya tinggal benang jarang yang belum sempat ditenun semula. Ia juga sangat sensitif pada getaran dan pergerakan, sebab itulah ia segera berpusing menghadap saya apabila saya bergerak di sekeliling sarang. Huhuhu....
Sebab saya ini sejenis penakut dengan labah-labah, saya tanya Gemini, labah-labah ini boleh membesar lagi ke?
Menurut Gemini, saya tidak perlu buang sarang labah-labah di pokok buah naga itu, sebab labah-labahnya tidak akan membesar sehingga besar tapak tangan manusia, panjang badan labah-labah hanya sekitar 1 hingga 3 cm sahaja (lebih kurang sebesar duit syiling 50 sen sahaja, termasuk kakinya). Malah, membiarkan labah-labah itu di pokok buah naga saya adalah keputusan terbaik untuk melindungi pokok timun mini di sebelahnya.
Jadi, tidak perlu takut ya, ia tidak boleh membesar macam labah-labah hutan atau tarantula. Huhuhu...
Labah-labah ini berjasa kepada pokok timun mini dan buah naga kerana:
🕷 Pemangsa kumbang oren yang makan daun pokok timun: Kumbang oren kecil yang suka makan daun pokok timun menjadi mangsa kegemaran labah-labah ini apabila ia terbang melintas di antara pokok buah naga dan pokok timun.
Itu pasal la saya sudah tidak nampak kumbang oren yang cute itu. Sudah kena makan dek spider.
🕷 Perangkap halimunan: Sarangnya mempunyai benang zig-zag putih di tengah yang memantulkan cahaya ultraungu (UV). Serangga perosak terpedaya menyangka pantulan itu ialah kelopak bunga atau ruang kosong untuk terbang melintas, lalu terus terperangkap. Masya-Allah... hebat, hebat, kejadian Allah.
🕷 Selamat untuk tanaman dan manusia: Labah-labah tidak memakan daun atau merosakkan batang pokok buah naga atau timun saya. Bisanya juga sangat lemah dan tidak berbahaya kepada manusia. Jika terganggu, ia lebih cenderung menjatuhkan diri ke tanah untuk melarikan diri daripada menyerang.
Lega saya rasa.
Oleh kerana saiz labah-labah ini kecil, ia juga kadang-kadang menjadi makanan kepada burung kecil, cicak kebun atau penyengat.
Okay. Sebab itu saya musykil sebab pagi tadi saya tidak nampak labah-labahnya, tapi sarangnya masih ada.
Sekian cerita labah-labah di kebun miniku yang baik, sebab makan serangga perosak, tapi saya takut dan geli labah-labah, walau pun kecil.

.jpg)
0 Ulasan
Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.