Bunga-bunga di halaman rumah

Bila kita melihat bunga, ia memberi ketenangan sekaligus memperbaiki kesihatan mental dan emosi. Dengan melihat bunga yang berwarna-warni dan kelopak bunga yang pelbagai bentuk dan saiz ini boleh mengurangkan stres dan kebimbangan juga. 

Apabila sedang sedih, dan kita melihat bunga, ia boleh meningkatkan mood kita dan kita akan rasa lebih bahagia. Pada pendapat sayalah. 

Ada rasa tenang juga bila kita memerhatikan kitaran hidup sesuatu tanaman. Dalam aspek bunga ini, dari kejadian putik bunga hingga bunga itu kembang mekar, ia menyedarkan kita tentang hebatnya kuasa Allah SWT yang menjadikan alam ini sungguh indah.

Entri-entri sebelum ini, saya asyik cerita tentang tanaman sayur sahaja. Entri kali ini saya akan kongsikan gambar bunga-bunga yang sedang mekar di halaman rumah. 

Bunga kertas
Bunga kertas

Di rumah saya, ada beberapa pokok bunga kertas yang saya tanam dalam pasu. Saya kerap juga mencantas atau pruning pokok bunga kertas ini, supaya ia kekal kecil dan tidak tinggi. Ada satu pokok bunga kertas yang saya tanam di tanah, memang ia meninggi dan besar. 

Bunga raya putih

Ini adalah satu-satunya pokok bunga raya di rumah saya. Pokok ini selalu juga keluarkan bunga. 

Hasil carian online, saya dapati pokok bunga raya putih ini ada banyak khasiatnya, iaitu untuk kesihatan rambut (menguatkan akar rambut dan merawat kelemumur), melegakan demam, daunnya boleh ditekap pada kawasan bengkak, bisul atau terseliuh, dan air rebusan akar turut digunakan secara tradisional untuk merawat batuk, asma dan bronkitis.

Turnera ulmifolia
Turnera ulmifolia

Bunga turnera ini turut dikenali dengan nama bunga pukul lapan atau bunga lidah kucing. Bunga ini yang berwarna kuning terang memang buat halaman rumah saya nampak ceria. Lebah pun suka hinggap pada bunga ini.

Bunga kancing baju
Bunga kancing baju

Ini bunga liar. Rumput di halaman rumah saya banyak juga dari pokok bunga kancing baju ini. Saya pun baru saja tahu nama bunga ini. Saya selalu panggil daisy kecil. Bunga ini comel saja, saja saya ambil gambarnya. Walaupun saiznya yang kecil dan saya selalu cabut rumput liar ini, bunganya memang cantik cuma kita kurang beri perhatian padanya.

Bunga pokok kacang panjang
Bunga pokok kacang panjang

Sekali pandang, bunga pokok kacang panjang ini ada persamaan dengan bunga orkid. Dalam gambar di atas, semut pun turut ada dalam gambar. Semut suka makan kacang panjang ini. Sampai berlubang kacang panjang yang saya petik. My abang gebu kata, semut itu ekstra protein. Cantik juga bunga kacang panjang ini. Saya saya ambil gambar, sebab bukan selalu dapat lihat bunganya. Kadang ia jatuh sendiri dan tidak menjadi kacang, seperti dalam gambar di atas.

Bunga sianggit
Bunga sianggit

Ini bunga dari rumput liar juga, yang tumbuh di halaman rumah saya. Menarik rupanya, warna ungu cair. Saiz sangat kecil dan comel. Saya baru tahu nama bunga ini setelah buat carian online. Selain nama sianggit, bunga ini juga dikenali dengan nama rumput tahi ayam. Walaupun saya tidak pasti di mana persamaan rumput atau bunga ini dengan tahi ayam. 

Demikianlah gambar-gambar bunga yang saya sempat kongsikan kali ini. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tenguk bunga ni memang terapi minda apa lagi jika dia sedang mekar.

    BalasPadam

Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.