Hadiah dari Ako Retna

 Saya ada terima bungkusan dari blogger Ako Retna. Saya telah menjadi Top Commentator untuk bulan September di blog beliau. Entrinya di sini 👉 Tahniah Top Commentator for September.

Blogger Ako ada whatsApp saya memaklumkan akan hal ini. Saya sepatutnya beri info alamat pada beliau. Tetapi, saya tidak tahu yang saya menjadi top commentator, kerana saya sudah delete blog lama saya. 

Kenapa saya delete blog lama?

Tiba-tiba, menceritakan di blog tentang ke mana saya mengopi, lokasi saya berjalan, dan sebagainya, adalah idea yang kurang elok bagi saya. Saya tidak mahu lagi berkongsi perihal kisah hidup saya. Biarlah saya saja yang tahu. Biarlah Allah saja yang tahu. 

Tak sayang blogkah?

Blog itu walaupun tidak lama, tetapi sudah ada pendapatan dari Adsense. Bagi saya, senang bagi saya untuk padamkan blog kerana ia harta dunia belaka. Kalau nak, boleh buat baru, seperti saya buat sekarang, cuma lebih private dan niche berkebun saja yang saya ingin fokuskan.

Panjang pula mukadimah. Mari tengok hadiah apa dari Ako, setelah saya buka bungkusan.

Kota telekung
Kotak telekung

Masya-Allah, susah-susah saja Ako ni. Mari kita tengok telekungnya.

Telekung berwarna hijau dan tasbih digital
Telekung warna hijau dan ada tasbih digital

Cantik telekungnya. Suka saya. 🥰 Semoga Ako murah rezeki dan sihat-sihat selalu. Juga Ako dan keluarga sentiasa dilindungi Allah. 🤲 Saya sangat hargai pemberian dari Ako ini.

Walaupun blog lama saya sudah tiada, saya berharap silaturrahim antara teman-teman bloggers lama terus terjalin. 🤲 

Syukur Alhamdulillah, rezeki berkecimpung dalam dunia blogging. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kalau nur rasa itu yang terbaik terus kan lah. Yang lama tu rasanya tempat makan best apa yang sedap selain daripada aktiviti berjalan Dan berkebun. Semuga nur bahgia dengan apa juga yang di buat.

    BalasPadam
  2. Tahniahhhh Nur dapat hadiah top commentar. Harapnya kita dapat terus bersilaturahim walaupun Nur telah delete blog yang lama. Semoga Nur happy sokmo yar

    BalasPadam

Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.