Buah sulung. Buah ke? Sayur kot. Sayur kacang panjang. Saya tanam benih kacang panjang yang dibeli di pasaraya Econsave di luar rumah. Beberapa pokok saya tanam. Campur dengan benih kacang botor. Saya ingatkan, pokok kacang botor yang tumbuh. Tapi, pokok kacang panjang.
Sudah mengeluarkan bunga minggu sebelumnya, tetapi tiba-tiba bunga luruh dan hilang. Baru ini saja baru jadi kacang dan tanpa buang masa, terus petik.
![]() |
| Kacang panjang sulung |
Alhamdulillah. Bijinya mulai kelihatan jelas. Rasa macam cepat tumbesaran kacang panjang ini. Hari sebelumnya, nampak macam belum boleh dipetik, masih halus. Esoknya, sudah kelihatan bulat bulat di bahagian biji. Saya takut jika dibiarkan, contoh kalau saya petik hari lusanya, kacang panjang jadi tua pula. Baiklah saya petik dulu.
Sudah selamat dicelur, sebab kacang hanya satu saja. 😁 Saya buat lauk, makan dengan nasi.
![]() |
| Kacang panjang kedua |
Kita harus tengok dengan teliti. Jika sekali pandang, kita mungkin tidak perasan kerana kacang panjang muda kelihatan hampir sama seperti batang pokok. Alhamdulillah, kacang panjang kedua ini, my abang gebu yang petik, dan dia masak sekali dengan maggi kari yang kami kongsi makan semalam. 😋
Sebelum digunakan dalam masakan maggi, my abang gebu tunjukkan pada saya semalam, kacang kedua kami ambil, sudah berlubang di bahagian pangkal, semut makan. Itu biasa, sebab kami tidak guna sebarang racun. Jadi, serangan serangga perosak itu normal.
Rasa seronok dan bahagia bila pokok yang kita tanam mengeluarkan hasil. Itu pun walau hanya sebiji demi sebiji yang dapat kami nikmati hasilnya, tak mengapa. Sudah cukup buat rasa suka dan bersyukur.
Kacang panjang ini, sayuran berangin. Bagi sesetengah orang yang punya perut sensitif, tidak boleh makan banyak. Bagi diri saya sendiri, memang kentut jugalah selepas makan kacang panjang ini. Tapi tidaklah sampai buat perut kembung, seperti sayur kangkung. Sebab itu, saya tidak tanam kangkung. Kali terakhir saya makan kangkung di dalam hidangan pecal, saya alami alahan teruk, rasa loya dan muntah.
Pokok kacang panjang ini bagi saya, tumbuhan yang agak senang dijaga juga. Mudah semai biji benih. Cuma perlu siram apabila tanah kelihatan kering. Lepas itu, kita boleh biar saja. Saya tidak letak sebarang baja. Cuma pernah tanam sisa buangan dapur sekali.
Hari ini saya tengok, ada nampak dua lagi kacang panjang di bahagian luar pagar rumah, dan sebiji di dalam kawasan rumah. Alhamdulillah, suka tengok. 😍
Sokongan pokok
Di bahagian luar rumah, my abang gebu ada letak buluh, supaya menyokong pokok kacang panjang ini. Juga, kami selalu bantu pokok ini melilit di tempat yang betul. Jika dibiarkan, pernah sekali, ia hampir jatuh ke dalam longkang di depan rumah. Jadi, harus bantu pokok menjalar ke arah yang betul.
Kacang panjang boleh masak dengan cara goreng begitu saja bersama sayur lain, boleh masukkan juga dalam masakan kari, masak lemak, atau sebagai ulam dicelur untuk dimakan bersama sambal belacan mahupun budu.
Pokok-pokok kacang panjang ini sudah mula tumbuh lebat, jadi ia beri sedikit privasi pada saya di dalam kawasan rumah. Ada juga yang melingkar pada pokok bunga kertas yang berdekatan.
Alhamdulillah, atas rezeki dariNya.


2 Ulasan
Oh kangkung angin ya. Akak belasah je. Kacang pjg dgn kangkung celur buat pecal. Sedapnya. Sebab sayuran semua Di celur. Taugeh celur. Tahu Dan tempe je goreng. Kuah pecalpekat gaul semua sayuran makan gitu je dah kenyang
BalasPadamYe, kak, tapi tengok orang juga. Kalau kak Notie okay tidak kembung lepas makan, orait la tu. Pecal memang sedap, tapi itulah saya tak boleh makan sebab kangkung tu. Teringat arwah mak saya, memang suka pecal.
PadamTolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.