Adakah saya sudah mula mencampur-aduk entri yang tidak berkaitan dengan berkebun ke dalam blog ini? Sebenarnya, tak juga.
Sebelum ini, saya memang selalu minum kopi sambil berkebun. Secawan americano panas memang boleh menambah tenaga dan semangat saya, sambil berkebun.
Tapi, sekarang tidak lagi. Saya sudah tiga hari tidak minum kopi. Alhamdulillah, berjaya juga saya lawan perasaan untuk mengopi itu. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang. Memang mula-mula, ada rasa sakit kepala. Tapi, buat tidak tahu sajalah. Tidaklah teruk sangat rasa bila tidak minum kopi. Okay, berjaya harungi.
Pagi tadi pun saya boleh menebas tanpa dapat booster dari kopi. Huhu... banyak minum air masak sekarang. Misi tercapai. Alhamdulillah.
Tapi ini cerita gambar lama ya, sebelum saya berhenti minum kopi. Idok ler saya mengumpul benda ini, tetapi kebetulan saja, saya dapat percuma waktu beli kopi. Rezeki jangan ditolak.
![]() |
| Zus buddy screen care keychain |
Ia sebenarnya kain untuk lap screen dari habuk, cap jari dan apa-apa kekotoran pada skrin handphone. Saya biasanya beli dua cawan kopi kalau pesan di Zus, satu untuk saya, satu untuk my abang gebu. Kebetulan ada stok di cawangan yang kami beli kopi.
Kedua-dua keychain di atas, dapat pada hari yang berlainan, di cawangan yang berlainan. Satu yang warna kuning, dapat dari cawangan Manjung, satu lagi yang warna pink, dapat dari cawangan Zus Ayer Tawar.
Saya belum buka dan guna pun kedua-dua kain pengelap zus ini. Saya dapati, keduanya ada corak berlainan. Yang warna pink, corak watak blue buddy, manakala yang warna pink, corak watak pinky boo.
Pandai Zus ini, beri tarikan orang pesan kopi. Ada selimut juga di app, tapi harga selimutnya agak mahal, walaupun cantik dan comel.
Itu saja nak berkongsi. Sebab keychainnya lawa. Boleh kot sangkut pada handbag.
Sejak saya berhenti minum kopi, saya sudah semakin sihat. Itulah, cuma perlu ubah satu tabiat, badan pun kembali jadi okay. Tidak perlu makan sayur pun tak apa, bila badan kita cukup air, Insya-Allah, tidak ada masalah membuang. Tapi sebab saya tanam sayur, saya masaklah juga sayur yang dikutip dari kebun mini saya.
Adakah saya akan minum kopi semula? Mungkin, ya. Tapi tidaklah sekerap sebelum ini, hari-hari. Suka keadaan sekarang. Brainfog pun macam sudah hilang. Alhamdulillah.

0 Ulasan
Tolong komen yang baik-baik, ya. Terima kasih kerana sudi baca cerita berkebun saya.