Timun mini keluar buah

 Kali terakhir saya kongsikan tentang perkembangan pokok timun mini, pokoknya sudah mulai keluar bunga warna kuning, boleh baca entrinya di sini 👉 Perkembangan timun mini dan badan sudah tua.

Alhamdulillah, bunga-bunga kuning pada pokok, sudah pun berputik menjadi buah-buah kecil yang comel-comel lote belaka.

Sudah mengeluarkan buah kecil
Sudah mengeluarkan buah kecil

Seronok tengok. Hujan pun turun kebanyakan hari dalam seminggu. Itu yang pokok-pokok jadi subur. Alhamdulillah.

Buah kecil terlindung di bawah lindungan daun
Buah kecil terlindung di bawah daun pokok. Gambar diambil pada 12 November 2026.

Saya kongsikan gambar-gambar yang saya ambil pada berlainan hari. Saya kumpul-kumpul gambar, untuk dimuatkan dalam entri ini.

Buah pada pokok timun mini
Gambar diambil 14 November 2026.

Berbunga-bunga rasa di hati, bila melihat buah kecil mula membesar. 😍

Lagi buah kecil sudah terjadi di belakang bunga
Lagi buah kecil sudah terjadi di belakang bunga

Ada dua lokasi saya tanam pokok timun mini ini. Satu tempat berdekatan belakang rumah, berhampiran tempat jemur pakaian, satu lagi tempat di tengah halaman rumah, berdekatan pokok betik. 
Hari-hari sudah menjadi kebiasaan, sekiranya tidak hujan di waktu pagi, saya akan berjalan melawat kawasan dulu, periksa pokok-pokok dan mengutip kacang panjang. Daily inspection dulu, sebelum mula kerja berkebun atau menebas, kalau rajin.
Jom tengok gambar lain hari pula.

Buah timun mini mula membesar
Selasa, 17 November 2026

Haa... buah semakin membesar nampaknya. Saya berdoa setiap hari supaya kera liar tidak perasan akan kewujudan buah-buah timun mini ini, supaya saya dapat rasa hasil tanaman. 

Comel je buah timun mini ini
Gambar diambil 18 November 2026

Cute je besar buah timun mini ini.

Lagi buah timun mini yang sedang membesar
Lagi buah timun semakin membesar

Jadi, bila masa sesuai untuk petik buah timun mini?

Buah timun mini sesuai dipetik apabila ia sudah mencapai saiz penuh varietinya (biasanya sekitar 5 hingga 10 cm), berwarna hijau segar dan sekata, serta duri halus pada kulitnya mula tumpul atau berkurang. 

Jika anda rujuk semula gambar-gambar di atas, boleh nampak yang pada timun itu, macam menggerutu sikit kan. Saya pun mula musykil juga, buah menggerutu, macamana nak makan?

Sebenarnya bila kita lalu saja jari pada buah, atau menggosok buah, benda menggerutu itu akan jatuh dan tercabut dari buahnya. 

Yang kome beli timun dekat supermarket itu, tengok licin saja, kan. Ini adalah kerana duri ini sudah tertanggal semasa proses mencuci, menyusun dan membungkus. Gitu ceritanya. 

Hebatnya kejadian Allah. 🥰Duri kecil yang nampak menggerutu pada buah yang masih di pokok adalah ciri semulajadi tumbuhan (dipanggil trikoma atau spines) yang berfungsi melindungi buah muda daripada dimakan serangga dan haiwan perosak, serta membantu mengurangkan kehilangan air semasa cuaca panas. 

Di cuaca panas seperti di Malaysia, timun mini cepat membesar dan selalunya boleh dituai sekitar 4 hingga 7 hari selepas bunga betina berkembang (atau sekitar 1.5 hingga 2 bulan selepas disemai).

Masa saya periksa pokok, saya terperasan tentang labah-labah yang saya pernah cerita sebelum ini. Saya ingatkan, ia sudah hilang, sebab sarang labah-labah itupun sudah tidak kelihatan. Ada lagi, rupanya. Saya letak video labah-labah sinilah. Dekat tiktok saya pun saya ada upload juga. 

Baca juga 👉 Labah-labah baik makan serangga perosak.

Tips penting masa menuai timun mini

🍄 Petik lebih awal lebih baik: Buah yang dipetik muda lebih manis, rangup dan kurang pahit berbanding buah yang terlalu matang atau kekuningan.

🍄 Kerap periksa pokok: Dalam iklim panas, buah boleh membesar dengan pantas dalam sehari dua. Memetik secara berkala merangsang pokok mengeluarkan lebih banyak bunga dan buah baharu.

🍄 Cara memotong: Gunakan gunting atau pisau tajam dan potong tangkainya sedikit di atas buah supaya tidak mencederakan batang pokok.

Baik. Nanti saya sambung lagi perkembangan pokok ini di lain entri, ya. Adakah ada rezeki saya untuk makan hasil tanaman timun mini ini, ataupun sejarah mungkin berulang, kera liar cekup dulu? Tunggu saya story lain entri ya, hehe...

Catat Ulasan

0 Ulasan